Kursus Sains Pembersihan untuk Kontraktor anjuran MECS

Monday, February 6, 2012

Pada 23, 24 dan 25 November 2011 telah dianjurkan Kursus Sains Pembersihan untuk Kontraktor-kontraktor yang menyelenggara aset di UTHM. Seramai 30 orang peserta telah terlibat secara langsung bagi menjalani kursus teori serta praktikal ini. Phak bertanggungjawab yang menjalankan latihan iaitu syarikat konsultansi MECS memberikan tunjuk ajar bagaimana kaedah pembersihan yang betul dan selamat menggunakan manual dari BISC (British Institute Cleaning Science). Kursus tiga hari ini didapati berjaya membetulkan kesilapan yang sering dilakukan oleh kontraktor kebersihan dan seterusnya memastikan universiti sifar kecederaan sewaktu pembersihan dan penyelenggaraan dilakukan. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Fasiliti dan Harta) Pejabat Pengurusan Hartabina UTHM dan juga Penaung Pusat Kecemerlangan Pengurusan Fasiliti (CEFM) iaitu Prof Madya Sr Dr Wan Zahari Wan Yusoff. Syabas peserta-peserta yang hadir pada kursus tersebut!






0 comments: