Program Mobiliti Industri Timur Tengah 2011

Thursday, February 9, 2012

Penglibatan ahli CEFM seramai enam orang iaitu Ketua Pusat, Prof. Madya Sr Dr. Wan Zahari Wan Yusoff, dan lima orang ahli lain iaitu

Muhamad Firdaus bin Ismail
Amilia Hasbullah
Fazira bt Shafiee
Ezhwan Nur bin Arshad
Soeb bin Pawi
Nurbaity Aqmar binti Mahamud

bersama-sama sepuluh orang wakil Fakulti Pengurusan Teknologi dan Keusahawan pada 20 Julai sehingga 2 Ogos 2011 telah selamat sampai ke Arab Saudi untuk program Mobiliti Industri Timur Tengah 2011. Objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada staf dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkenaan arus kemodenan, pembangunan dan cabaran pelaburan harta tanah di Arab Saudi dan Timur Tengah.
Berikut merupakan itenari perjalanan program selama dua belas hari tersebut:

Tarikh/ Hari
Aturcara Program
20 Julai 2011
(Rabu)
Bertolak dari UTHM ke KLIA
21 Julai 2011
(Khamis)
Berlepas dari KLIA, Malaysia- Lapangan Terbang Jeddah- Madinah
22 Julai 2011
(Jumaat)
Tiba di Kota Madinah-melawat Masjid Quba’ dan melawat Bukit Uhud
23 Julai 2011
(Sabtu)
Melawat Ladang Kurma, Bukit Magnet, Kompleks Universiti Madinah
24 Julai 2011
(Ahad)
Bergerak ke Mekah, niat di Miqat Bir Ali.
Hari pertama menjalani umrah
25 Julai 2011
(Isnin)
Melawat Masjid Al-Muhajirin, Mekah

26 Julai 2011
(Selasa)
Lawatan ke King Abdul Aziz Road Development dan Kedutaan Besar Malaysia, Arab Saudi
27 Julai 2011
(Rabu)
Melawat Masjid Terapung, Laut Merah dan Syarikat Dallah Waste Management, Jeddah. Pertemuan dengan pelajar Ummu’Qura
28 Julai 2011
(Khamis)
Menziarahi Jabar Sur, Jabar Rahmah, Padang Arafah, Muna, Muzdalifah
29 Julai 2011
(Jumaat)
Mendengar taklimat Jabal Omar di hotel
Sesi taklimat Menara Jam Mekah bersama Jurutera Malaysia
30 Julai 2011
(Sabtu)
Melawat Ladang Unta, Hudaibiyah
31 Julai 2011
(Ahad)
Menjalani ibadah di bumi Mekah

1 Ogos 2011
(Sabtu)
Berpuasa dan berangkat pulang dari Mekah-Jeddah-Malaysia



Kursus Sains Pembersihan untuk Kontraktor anjuran MECS

Monday, February 6, 2012

Pada 23, 24 dan 25 November 2011 telah dianjurkan Kursus Sains Pembersihan untuk Kontraktor-kontraktor yang menyelenggara aset di UTHM. Seramai 30 orang peserta telah terlibat secara langsung bagi menjalani kursus teori serta praktikal ini. Phak bertanggungjawab yang menjalankan latihan iaitu syarikat konsultansi MECS memberikan tunjuk ajar bagaimana kaedah pembersihan yang betul dan selamat menggunakan manual dari BISC (British Institute Cleaning Science). Kursus tiga hari ini didapati berjaya membetulkan kesilapan yang sering dilakukan oleh kontraktor kebersihan dan seterusnya memastikan universiti sifar kecederaan sewaktu pembersihan dan penyelenggaraan dilakukan. Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Fasiliti dan Harta) Pejabat Pengurusan Hartabina UTHM dan juga Penaung Pusat Kecemerlangan Pengurusan Fasiliti (CEFM) iaitu Prof Madya Sr Dr Wan Zahari Wan Yusoff. Syabas peserta-peserta yang hadir pada kursus tersebut!