Mesyuarat Bersama Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan (Zon Selatan)

Thursday, December 30, 2010


Mesyuarat Bersama Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan bagi Zon Selatan telah diadakan pada 21 September 2010. Mesyuarat ini dihadiri seramai 31 orang pegawai-pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan. Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff selaku Ketua Pusat CEFM mempengerusikan mesyuarat terbabit.

Matlamat mesyuarat diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Kecemerlangan Pengurusan Fasiliti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kepada Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Zon Selatan. Pengerusi menjelaskan kepentingan gabungan CEFM bersama PBT bagi menyatukan praktis dan teori supaya lebih kukuh. Penekanan turut diberikan agar CEFM dijadikan medium untuk membincangkan isu-isu dihadapi PBT Zon Selatan.

CEFM berhasrat untuk menjadi pusat latihan bertindak untuk mewujudkan kerjasama dalam menyelesaikan masalah dalaman/ tempatan bagi PBT seluruh Malaysia. Seterusnya pihak CEFM mempromosikan Seminar Kadaran PBT Malaysia yang diadakan di UTHM. Pihak PBT juga turut memberikan sokongan padu serta menawarkan khidmat mereka dalam menyediakan tempat bagi Mesyuarat CEFM serta PBT di tempat mereka. 











list of websites that might be helpful for facilities management students

Tuesday, December 21, 2010

http://www.ijfm.net/index.php/ijfm

http://www.ifma.org/

http://www.fmjonline.com/

To those who have additional info on facilities management journal, pray to comment on our blogs. Let's share the knowledge for the betterment of mankind!...